Jenis-Jenis Minyak Zaitun Yang Sering Memeningkan Kepala Ketika Shopping

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Kak Yaya yakin ramai sudah maklum kebaikan minyak zaitun dalam diet kita. Ia merupakan sumber lemak yang baik bagi membantu kita menguruskan badan. Jadi sememangnya ia antara feveret kepada students eat clean kak yaya.

Tetapi, jika anda perasan terlalu banyak minyak zaitun yang ada di pasaran. Bukan sahaja brand yang pelbagai, harga yang pelbagai; jenis minyak zaitun juga sangat pelbagai. Sehingga naik pening mahu pilih mana satu.

Ok, jadi kak yaya nak bantu anda semua untuk buat pilihan yang bijak. Bukan apa, silap memilih bahaya pula untuk kesihatan. Elok-elok niat asal kita mahu tukar lifestyle lama kepada yang lebih sihat namun akibat kekurangan ilmu, makin tak sihat jadinya.

jenis minyak zaitun

Jenis-Jenis Minyak Zaitun

Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

EVOO merupakan minyak zaitun hasil perahan pertama buah zaitun. Ianya paling asli, mengandungi nutrisi dan vitamin yang tinggi serta tanpa tambahan proses yang melibatkan penambahan bahan kimia.

Namun EVOO tidak sesuai untuk dipanaskan kerana smoking point yang rendah. Minyak jenis ini sesuai untuk dimasukkan dalam salad, dicampur sos spageti atau dibuat dressing salad.

EVOO juga sangat bagus untuk kuruskan badan kerana kandungan lemak baiknya yang tinggi mampu memusnahkan lemak jahat dalam badan kita.

Virgin Olive Oill (VOO)

Jenis VOO pula merupakan hasil perahan kedua. Kurang nutrisi jika dibanding dengan EVOO. Harga juga lebih rendah jika dibanding dengn VOO.

VOO sesuai untuk dressing sama seperti EVOO.

Pure Olive Oil (POO)

POO satu-satunya jenis minyak zaitun yang boleh digunakan untuk memasak pada suhu tinggi. Namun, ianya mempunyai kurang nutrisi kerana ia merupakan campuran VOO dan refined olive oil.

Adalah sangat penting untuk tidak silap memilih jenis minyak zaitun dalam masakan bersuhu tinggi kerana minyak boleh berubah menjadi trans fat sekiranya dipanaskan.

Refined Olive Oil (ROO)

Ia merupakan minyak zaitun yang terhasil dari perahan pertama. Namun ianya kurang bagus kerana mengalami proses penambahan bahan kimia bagi memastikan kualitinya ditambah baik.

Pomace Olive Oil

Merupakan gred paling rendah dalam jenis olive oil. Ianya terhasil dari sisa dari perahan kedua buah zaitun. Namun amat jarang diguna untuk makanan. Kebanyakannya diguna bagi tujuan kosmetik.

Image:

Sekarang anda sudah pun tahu minyak zaitun jenis mana yang paling baik untuk diet anda. Sudah pastilah Extra Virgin dan Pure Olive oil yang menjadi pilihan. Satu digunakan bagi tujuan memasak di atas dapur dan satu jenis lagi untuk hidangan terus seperti salad.

Walaubagaimanapun, jika nak dibanding ketahanan pada suhu panas antara minyak zaitun dan minyak kelapa (bukan sawit), sudah tentulah minyak kelapa lebih tahan dengan suhu panas. Minyak kelapa juga mempunyai sifat lemak yang sangat baik untuk kuruskan badan.

Jika anda mempunyai bajet, anda boleh bertukar kepada minyak sawit kepada minyak kelapa untuk memasak. Cuma kena ingat, walaupun ia bagus, pengambilan minyak-minyak ini ada batasan agar tidak terlebih dari had kalori seharian anda.

Join #kelaseatcleankakyaya di sini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge