10 Makanan Wajib Ambil Untuk Kurus Dengan Super Cepat

Assalamualaikum wbt.. Salam Sejahtera

Amboi korang; bila tajuk artikel kurus dengan super cepat laju je masing-masing klik nak baca ya. 10 makanan yang bakal Kak Yaya kongsikan ini bukanlah jika makan terus kurus. Tetapi ia mampu membentuk semula atau reset metabolism korang yang mungkin sudah perlahan.

kelas eat clean

Nak tahu kenapa metabolisma anda perlahan? Salah satunya kerana amalan diet kita yang silap. Biasanya awal tahun masing-masing berazam untuk kurus. Terus amalkan crash diet, tanpa makan makanan dari sumber tertentu atau siang malam makan telur. Amalan begini memang mudah nak turun berat sebab makanan di bawah kalori yang sepatutnya. Tetapi untuk sustain berat ideal agak sukar. Apabila kembali kepada rutin makan yang asal, metabolism sangat perlahan untuk bakar kalori.

Sebab itulah, cubaan untuk diet gagal. Lagi-lagi apabila semakin berusia, makin sukar nak membentuk badan.

Jika korang ingin cuba diet sendiri, pastikan 10 jenis makanan ini korang ambil agar proses menurunkan berat berlaku lebih pantas dari biasa.

10 Makanan Wajib Ambil Untuk Kurus Dengan Super Cepat

  • Teh Hijau

Baru-baru ini viral artikel seorang lelaki mampu turunkan berat hanya dengan mengamalkan teh hijau. Teh hijau sangat bagus kerana mengandungi antioksidan yang tinggi bagi membantu meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Bahan yang sangat penting yang terdapat dalam teh hijau adalah catechins.

cara kurus dengan cepat

Catechins membantu meningkatkan metabolisma dengan memberi signal kepada hormom untuk pecahkan lemak ke dalam aliran darah, seterusnya tukarkan ia kepada tenaga. Paling terbaik minum teh hijau sebelum korang exercise.

Namun, pastikan anda ambil green tea yang organik. Jangan pula minum green tea yang jual kat kedai-kedai Thailand tu. Yang tu dah dicampur dengan macam-macam bahan. Pastinya kesan tidak sama dengan teh hijau organik.

  • Sayuran Hijau Yang Mentah

Sebenarnya sayuran hijau bagus dimakan tidak kiralah samada mentah atau dimasak. Cuma apabila dimasak, sudah pasti nutrisinya makin berkurang. Kalori juga bertambah apabila kita masukkan minyak, garam dan pelbagai perencah.

Sebab itulah dalam kelas eat clean Kak Yaya, Kak Yaya galakkan pengambilan sayuran mentah untuk menjimatkan kalori tetapi memberi rasa kenyang.

Sebagai contoh ulaman. Ianya rendah kalori tetapi perlukan lebih tenaga untuk dihadam. Jadi apabila kita makan sayuran mentah, kalori kita terbakar dengan sendirinya secara automatik.

  • Lemak Baik

Jika dulu kita terlalu takut dengan lemak. Kita sudah pasakkan dalam otak bahawa makan lemak boleh menyebabkan kegemukan. Walhal ia adalah salah sama sekali.

Bukan semua lemak menggemukkan. Lemak baik bukan sahaja sedap malah kita perlu ambil untuk turunkan paras lemak jahat. Jadi usah takut dan buang semua jenis lemak dari diet korang. Cuma anda perlu pastikan sumber lemak yang baik untuk kurus.

Antaranya ialah salmon, minyak kelapa, santan, kekacang, avocado dan sebagainya.

  • Cuka Epal

Aduhhhh, rasanya memang perit tekak dibuatnya. Tetapi jangan tak tahu penggunaan cuka epal sangat membantu untuk merendah sugar level korang.

Jika korang tak tahan, boleh campurkan cuka epal ke dalam air suam, salad atau masakan. Campurkan dalam green smoothies juga sangat sedap!

Pastikan cuka epal termasuk dalam list groceries korang hujung minggu nanti.

  • Protein Yang Kurang Lemak

Protein seperti telur, dada ayam, ikan, tempe, tauhu, daging sangat bagus diambil ketika berdiet. Setahu Kak Yaya, tiada diet yang menghalang pengambilan protein melainkan jika korang adalah vegetarian.

Protein dari pelbagai sumber sangat diperlukan untuk membentuk otot. Jika anda diet tanpa protein yang mencukupi, bermakna anda sedang memusnahkan badan anda sendiri.

Otot anda terpaksa dimusnahkan untuk memberi tenaga harian kepada anda. Memusnahkan otot adalah perkara paling merugikan dalam tempoh berdiet. Sebab itu, pastikan keperluan protein anda mencukupi untuk meninggikan tahap metabolisma supaya cepat kurus.

  • Rempah Dan Herba

Antara yang paling glamour ialah kayu manis atau cinnamon. Dalam Kelas Eat Clean Kak Yaya, students akan gunakan cinnamon sebagai flavour tambahan dalam pancake, dimakan bersama epal dan juga detox drink.

Kayu manis sangat membantu untuk memberi rasa kenyang yang lama dan mengawal paras gula. Kajian juga menunjukkan penggunaan kayu manis ni sangat membantu membuang lemak di bahagian perut.

Jadi, jika anda mempunyai lebihan lemak di bahagian perut, apa lagi! Dapatkan kayu manis dengan segera!

  • Cili

kelas eat clean

Kak Yaya, selaku orang yang kuat makan pedas bersyukur apabila cili sangat membantu menaikkan metabolisma badan. Yelah, cili ni ibarat pembuka selera. Tanpa cili, makanan rasa “dull” saja.

Namun, jika anda rasa sambal cili yang dipenuhi minyak adalah termasuk makanan untuk cepat kurus, anda sudah tersilap. Cili yang baik dimakan adalah cili mentah, yang dibuat sambal tanpa banyak bahan perasa atau chili flakes.

Bagaimana cili boleh membantu? Cili mengandungi bahan yang dipanggil capsaicin yang terbukti boleh membantu meningkatkan metabolisma badan dan mampu membakar lemak.

  • Kekacang

Kekacang sebenarnya mengandungi kalori yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, lemak baik yang ada dalam kekacang sangat baik untuk menyingkir lemak jahat.

Kacang tanah, badam, walnut, gajus dan apa jua jenis kekacang memberi manfaat yang sangat baik. Namun pastikan anda mengambil kacang panggang yang tidak disalut apa-apa perisa.

  • Yogurt

Yogurt antara item wajib yang sentiasa ada dalam peti ais. Ia mengandungi sumber kalsium, protein dan bakteria baik yang sangat baik untuk pencernaan usus.

cara kurus dengan cepat

Selain membantu untuk mengurangkan berat, ia juga sangat membantu untuk merendahkan kadar kolestrol.

Tetapi pastikan anda mengambil yogurt rendah lemak atau Greek Yogurt perisa asli. Kemudian tambahkan sendiri buah-buahan segar yang anda gemari.

  • Air kosong

Nampak simple, tetapi jika tidak biasa pengambilan air kosong sangat menyusahkan. Perut mungkin kembung jika sebelum ini hanya mengambil 2-3 gelas sehari.

Keperluan air kosong adalah 1 liter untuk setiap 25kg. Paling mudah lihat sahaja warna urine anda. Sekiranya warna urine anda jernih, bermakna keperluan air anda sudah mencukupi.

Air kosong sangat penting sebagai medium untuk singkirkan toksin keluar. Ia juga berperanan untuk mencegah water retention dalam badan.

Jadi, pastikan anda sentiasa membawa air kosong ke mana-mana apabila anda keluar.

Ok, Kak Yaya sudahpun kongsikan 10 makanan yang anda wajib ambil jika anda ingin cuba berdiet. Pastikan anda mengambilnya dengan cara yang betul supaya had kalori tidak melebihi dari keperluan.

Atau jika sudah banyak kali anda gagal dalam berdiet, apa kata kali ni cuba pula diet dengan pantauan. Anda boleh join kelas eat clean kak yaya dengan whatsapp terus kak yaya www.wasap.my/60146692610/ecbatch9 . Lihat saja testimoni mereka yang sudah pun berjaya

Kak Yaya berharap tahun ini azam anda untuk kuruskan badan berjaya dan moga anda dapat bentuk badan yang anda impikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge