7 Kebaikan Dark Chocolate Yang Menyebabkan Ianya Stok Wajib Di Rumah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Coklat, antara makanan kegilaan kaum wanita. Ia dikatakan kawan baik kepada wanita apabila mengalami stress. Dakwaan ini memang benar kerana terdapat kandungan polyphenol di dalam coklat yang boleh melegakan tekanan yang dihadapi. Malah ia juga mampu mengawal hormon kortisol dari bermaharajalela dalam badan kita.

Tetapi jika silap pemilihan coklat, gemuk pula yang akan anda dapat. Kandungan gula yang tinggi di dalam coklat akan menyebabkan badan anda sebagai stor lemak. Takkan nak jadi stor lemak kan?

Jadi jika anda sukakan coklat, pilih coklat gelap (dark chocolate) yang sememangnya sangat direkemen untuk kuruskan badan.

7 Kebaikan Coklat Gelap (Dark Chocolate)

  • Untuk kuruskan badan

Berbeza dengan milk chocolate, dark chocolate mengandungi cocoa butter yang lebih tinggi. Perlu diingat, kebaikan coklat ini bergantung kepada cocoa butter yang diletakkan dalam coklat. Semakin tinggi cocoa butter, semakin berkualiti coklat itu. Dan sememangnya, harga juga akan lebih tinggi.

coklat gelap untuk kurus

Cocoa butter inilah yang membantu untuk memproses asid lemak, dan mengurangkan kadar penyerapan karbohidrat dan lemak. Sebab itu apabila kita makan coklat, kita akan lambat rasa lapar. Oleh itu, kita dapat mengawal intake makanan ketika makan tengahari atau makan malam.

Salah satu ciri yang bagus pada dark chocolate juga adalah indeks glisemiks yang rendah yang membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama.

Berbanding apabila kita makan coklat yang dipenuhi gula, kita akan dihantui rasa craving pada benda manis yang sukar untuk dilepaskan. Habis satu bar coklat, masih mahu makan makanan manis yang lain.

  • Untuk mengawal selera yang membuak-buak

Ghrelin merupakan hormon yang menentukan adakah makanan yang dimasukkan ke dalam badan mencukupi ataupun tidak. Akibat dari tahap hormon ini yang sangat tinggi, maka kita sentiasa tidak cukup makan dan sering tercari-cari makanan untuk mengunyah.

Kajian menunjukkan wanita yang memakan dark chocolate mampu untuk mengawal hormon ghrelin.

fungsi dark chocolate

  • Membantu untuk mengawal insulin

Hormon insulin adalah sangat penting bagi memastikan gula dari dalam darah dapat dimasukkan ke dalam sel badan. Ia untuk mengelakkan kadar gula meningkat dalam darah yang menyebabkan penyakit diabetis. Flavonoid di dalam dark chocoloate dikatakan membantu untuk mengawal rintangan insulin dan seterusnya membantu sel berfungsi secara normal.

  • Mengandungi penenang

Scary je bila baca penenang tu kan? Penenang dalam dark chocolate bukanlah sesuatu yang membawa mudarat. Ia mengandungi sejenis lipid yang boleh membuatkan anda berasa tenang.

Ramai orang akan menelampiaskan segala jenis tekanan kepada makanan untuk berasa tenang kan? Makan fast food, aiskrim dan pelbagai lagi makanan tidak sihat. Jadi dengan dark chocolate, kadar untuk melahap makanan sebegini akan berkurangan.

  • Lemak Baik

Lemak baik sangat diperlukan untuk menyingkirkan lemak jahat. Dak chocolate memgandungi 3 jenis lemak yang salah satunya adalah asid oleik. Asid ini sangat bagus untuk mengawal kolestrol anda.

Oleh itu banyak penyakit jadi terkawal. Antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

  • Bagus untuk otak

Kita bukanlah mahu kurus semata-mata, tetapi peranan dark chocolate dalam mencerdaskan otak juga juga sangat penting. Ia mampu melancarkan aliran darah ke otak.

Musim-musim nak exam sangat bagus kita makan dark chocolate secara berjemaah dengan anak-anak. Tapi jangan salah pilih coklat ya. Coklat yang mengandungi tinggi gula berfungsi sebaliknya. Malah ia akan merosakkan otak anak-anak kita.

  • Awet Muda

Kalau sebut bab awet muda, semua nak. Ngam sangatlah kan, pakej kurus dan awet muda.

Kalau nak tahu, dark chocolate mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Radikal bebas selalu sahaja merosakkan kulit wajah sehingga kulit tidak sihat, malah sebagai penyebab kanser.

Pengambilan dark chocolate sangat membantu untuk kulit yang lebih sihat dan mengelakkan kita daripada serangan kanser.

Kesimpulannya, dark chocolate memberikan sangat banyak kebaikan untuk badan kita. Masukkan ia sebagai salah satu snack untuk anda ambil 2-3 kali seminggu.

Namun harus diingat, makan apa pun biarlah dalam kawalan. Dan pastikan percentage untuk dark chocolate adalah 70% dan ke atas.

Well, the bitter the chocolate, the better it is for your health.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge