5 Figure Income Hanya Dengan Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera…

Ada ramai bertanya kenapa saya memilih Shaklee sebagai satu cabang bisnes sedangkan banyak lagi cabang bisnes yang ada di pasaran Malaysia.

Sebabnya mudah, saya belajar dari pengalaman. Sebelum ini saya sudah mencuba pelbagai cabang bisnes daripada modal kecil-kecilan sehingga beribu-ribu ringgit. Tetapi tiada satu pun yang menjamin pendapatan sebagaimana yang Shaklee boleh tawarkan.

# Permulaan Saya Sebagai Pengedar Shaklee

jana pendapatan dari rumah

Sebelum saya teruskan bercerita, ingin saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Maria Awi. Saya bermula sebagai pengedar sah Shaklee ketika masih lagi bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat terkenal di Malaysia. Ketika itu saya cuba-cuba sahaja kembangkan cabang bisnes yang sedia ada. Tak sangka pula, apabila bercerita pada kawan-kawan dan saudara mara, mereka tertarik untuk mencuba produk Shaklee. Dari cuba-cuba akhirnya minat saya kian bercambah sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja setahun selepas saya sertai Shaklee.

Memang ramai kawan-kawan dan saudara di kampung mengatakan tindakan saya berhenti kerja sangat merugikan. Maklum sahajalah gaji pun kira besar la jugak. Tetapi atas dasar yakin rezeki saya lebih luas bersama Shaklee, maka saya tidak ralat untuk melepaskan jawatan sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Alhamdulillah, rezeki semakin mencurah-curah sehingga kini. Bonus bulanan yang Shaklee berikan berganda-ganda melebihi gaji asal saya. Sebab itulah tiada apa langsung yang perlu diralatkan.

# Perkara Paling Saya Suka Setelah Sertai Shaklee

Saya sudah lama mengimpikan untuk berbisnes dari rumah. Sambil melihat anak membesar depan mata sendiri, sambil menjana pendapatan. Mungkin ramai yang mempunyai impian serupa tetapi tidak nampak jalan keluar. Saya juga begitu suatu masa dahulu. Tujuh tahun saya berkampung di pejabat sambil mencari jalan untuk berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri. Alhamdulillah, walau lama dirasakan tujuh tahun menunggu, akhirnya impian saya termakbul juga. Berbaloi sungguh rasanya.

Di rumah saya bebas untuk mengatur sendiri jadual saya. Saya tidak lagi kelam kabut di waktu pagi sebagaimana saya bekerja dahulu. Kini segalanya tenang dan teratur. Ianya menjadi saat yang sungguh indah terutama apabila teringat betapa kelam kabutnya saya suatu masa dahulu.

# Kelebihan Shaklee (Terutamanya Kumpulan Kami) Berbanding Bisnes Lain

Selain daripada yuran keahlian yang sangat rendah (RM75 sahaja) dan tiada risiko, kami juga beroperasi secara online. Bermakna tidak perlulah menjual secara berdepan atau terpaksa buka kedai. Jadi sesiapa yang biasa jual online tu kiranya buat bisnes Shaklee tu sudah dalam tangan la.

Sesuatu yang tiada dalam bisnes lain, kumpulan kami sangat aktif dalam membantu ahlinya untuk mendapat pendapatan yang tinggi dengan kelas-kelas yang dianjurkan. Kelas-kelas ini kebanyakannya kelas secara online. Sesekali kami juga ada berjumpa secara offline secara santai. Perjumpaan ini pula tidaklah dipaksa. Jika ada kelapangan, bolehlah hadir dan beramah mesra.

Jika bisnes lain, mungkin anda hanya akan jana pendapatan melalui keuntungan jualan barang. Berbeza dengan Shaklee, kami mempunyai dua sumber penjanaan wang. Satunya daripada untung runcit dan satu lagi bonus bulanan yang diberikan oleh Syarikat. Memang berbaloi sangat apabila kedua-dua sumber ini dicampurkan, kami memang dapat jana wang 5 angka setiap bulan.

Lebih dari itu, Shaklee juga menawarkan bonus kereta dan juga bonus pelancongan kepada pengedar yang aktif berbisnes. Jika bisnes lain, tentu anda perlu keluarkan duit dari poket sendiri untuk membayar ansuran kereta dan makan angin di dalam atau luar negara kan?

Dengan Shaklee, semuanya ditanggung beres dan layanan pula bertaraf 5 bintang. Jangan terkejut apabila balik ke hotel, ada saja kejutan hadiah yang diberikan di atas katil masing-masing. Best kan? Alhamdulillah, saya sudah pun merasa bonus kereta dan bonus pelancongan.

# Buatlah Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Anda

Jika anda, yang sedang membaca ini teringin sangat untuk lepaskan jawatan, menjaga anak-anak anda sendiri dari rumah dan dalam masa yang sama anda inginkan wang masuk setiap bulan, Shaklee merupakan pilihan terbaik untuk anda.

Dengan kepantasan teknologi internet, in shaa Allah segalanya menjadi lebih mudah untuk mencapai segala impian kita. Isi borang di bawah sekiranya anda memang sudah pun nekad untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan ingin mengejar impian anda dengan perniagaan Shaklee.

Sila isi borang ini untuk mendapat side income hanya dari rumah atau terus hubungi saya di 0146692610.

**Pastikan anda periksa emel anda setelah anda isikan borang di atas.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge